Thursday, November 19, 2009

muhasabah kembali

  • Hari ini sungguh tidak selesa dengan keadaan mata yang sakit. walaupun begitu aku redha dengan apa yang menimpa keatasku. kerana itu adalah ujian daripada Allah S.W.T untuk melihat tahap kesabaran hambanya apabila ditimpa musibah. Dan kita mestilah menerima dengan redha. dan Ikhtiarlah kita untuk mengubatinya. Kerana Nabi sebut "setiap penyakit ada ubatnya" kalau ubat itu kena pada penyakitnya , InsyaAllah baik lah penyakit itu.
  • Walaupun dalam keadaan mata yang sakit, aku tidak lepas peluang menghadiri majlis khitam beramai2 anjuran Waja Negeri Terengganu yang diadakan di masjid pengadang baru. aku sampai agak lewat kerana hujan yang tidak henti2. Nasib baiklah dapat gi dengan keta ayah. "Wat gaya kete ayah kejap", hehehe.. sampai je sana , semua kawan2 tanya kenapa dengan mata. Ada yang tanya soalan , skodeng muslimat mana yang teruk sangat mata 2 ?. Nampaknya kawan2 sangat prihatin dengan keadaan ku. Syukur alhamdulilah...
  • Aku hadir sebenarnya dengan diberi tugas. tugas aku pagi 2 ialah di meja pendaftaran.Tapi oleh kerana aku lewat sampai , kawan2 dah tolong ambil tugas 2. Lalu aku pun buat lah kerja yang patut dilakukan. Aku juga sempat melihat doktor melakukan khitam itu.. Yang seronoknya , melihat ragam2 peserta . Ada yang suka, takut, menangis, dan meraung(bahasa terengganu) memanggil mak ayah pun ada.. Agak seronok juga lah.
  • Di program itu juga aku sempat bertemu sahabat2 spt, mat min , madi , jeri dan ramai lagi yang turuk serta menjayakan program itu. Gembira skali bertemu kawan2 yang sudah lama tidak bertemu. Aku solat jumaat di masjid pengadang baru. Ops lupa pulok.. majlis pagi tadi dirasmikan oleh ADUN Bukit Payong, YB Ust Mohd Nor Hamzah. Aku pulang selepas solat jumaat dan makan nasi minyak laut daging.
  • Petangnya pula kau hadiri Konvensyen Parti Keadilan Rakyat yang dibuat di dewan badminton dekat kampungku. Tapi tidak lama aku disitu kerana keadaan badan yang agak letih. Dan aku terus pulang dan berehat di rumah sehingga malam ini.
  • Tibanya malam, aku berasa ada satu lagi kelainan dengan mataku yang sebelah kiri. Jika pagi tadi hanya sebelah kanan sahaja. Tapi malam ini sudah mula merasa senak2 di mata sebelah kiri. Berjangkit kot !! Tapi aku mendoakan agak mataku cepat sembuh dengan cepat. Biiznillah. Insa'Allah..

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes