Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

BANGUNKANLAH HIMMAHMU


Bismillah........
Sekiranya kita melihat keadaan ummat Islam hari ini dengan kacamata Iman tentu kita akan menangisinya. Hari demi hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat ini sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh. Musuh-musuh Islam terus menerus melancarkan gerakan untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya menghina ummat ini dengan sehina-hinanya. Sedangkan pemuda-pemudanya yang menjadi modal dan harapan kebangkitan semula ummat ini masih terlena. Terlena dengan irama dan lagu yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam hingga melumpuhkan semangat dan daya juang mereka...hinggakan 'Kemahuan' yang menjadi asas kebangkitan turut terpadam bersama menungan dan lena yang panjang.

Melihat keadaan ini, saya merasakan satu keperluan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan ini supaya sedikit sebanyak dapat menggerakkan tubuh ummat ini supaya tersedar dan bangkit dari lena ini.

Sesungguhnya kata-kata ini hanya mampu difahami dan di hayati oleh mereka yang berhajatkan Islam kembali bersinar. Bangunlah ummat Muhammad. Sedarlah dari lenamu. Tanggungjawabmu lebih banyak dari masa.

Wallahuaklam...

Thursday, October 22, 2009

SEDARLAH WAHAI PEMUDA !!!

SEDARLAH WAHAI PEMUDA !!!

Musuh-musuh Islam telah menggunakan berbagai-bagai taktik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Isalm .Mereka menyerang Islam dan umatnya dengan alat senjata dan askar-askar,pemikiran dan ideologi serta akhlaq dan kebudayaan.

Semua bentuk serangan tersebut telah mendatangkan kemenangan kepada mereka . Umat Islam kalah dalam peperangan bersenjata , kalah di dalam peperangan pemikiran dan ideologi dan kalah dalam serangan akhlak dan kebudayaan . Tengoklah kepada realiti yang berlaku di negara-negara Islam. Mereka diserang dan dijajah baik dengan kekuatan tentera atau kekuatan ekonomi atau kekuatan media elektronik dan sebagainya.

Perhatikanlah cara hidup muda-mudi Islam hari ini malah majoriti orang-orang Islam telah terikut-ikut dengan cara hidup musuh-musuh Islam tanpa disedari seperti pergaulan bebas leleki dan perempuan , gaya hidup dan pemerintahan dan sebagainya seperti yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam.

Nauzubillahiminzalik

BANGUNLAH WAHAI PEMUDA

Musuh-musuh Islam memang bekerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan berbagai taktik dan tipu helah. Secara keras atau secara halus asalkan mereka dapat sampai kepada matlamat mereka iaitu menghancurkan umat Islam dan menghalang mereka daripada memerintah dan memimipin manusia ke arah keredhaan Allah swt.

Oleh itu, kita umat Islam perlu sedar dan berjaga-jaga dan perlu mengambil ikitbar daripada pengalaman yang silam agar kita tidak terperangkap berkali-kali dalam perangkap musuh dan sepatutnya orang-orang mukmin tidak dipagut di dalam lubang yang sama dua kali

(pepatah arab).

Orang-orang mukmin perlu memiliki kekuatan dalam berbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekali gus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan di bawah pimpinan jahiliyyah yang penuh dengan angkara kezaliman di serata pelusuk dunia.

Sanggupkah kita melihat umat Islam diburu, dibunuh, dihalau, diperkosa, dan berbagai-bagai bagi kekejaman yang dilakukan oleh musuh Islam di Bosnia, Palestin, Kashmir, Somalia, Burma, Sri Lanka, dan lain-lain negara yang minoritinya orang-orang Islam????

Umat Islam perlu membina kekuatan mangatasi kekuatan musuh dari segi ilmu pengetahuan, perancangan, peradaban demi mengembalikan kepimpinan Islam.

INSYA'ALLAH

Monday, October 19, 2009

Mulianya IKHWAN itu

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w.

Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya.

Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?

Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

Friday, October 16, 2009

Ayuh Beramal untuk kebahagiaan Akhirat


PERBANYAKKAN AMAL SOLEH

Firaman Allah bermaksud:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran."

(Surah al-Asr, ayat 1-5).

Ulama menafsirkan ayat di atas memberi banyak pengertian untuk dirungkai dan dihayati bersama dalam melayari bahtera kehidupan yang serba mencabar ini.

Islam sentiasa memberi galakan agar seluruh umatnya memanfaatkan kehidupan di dunia dengan amal soleh, di samping iman teguh sebagai bekalan untuk menempuh alam akhirat. Islam memberi jaminan kepada umatnya bahawa kebahagiaan hidup di dunia dan mengecapi kebahagiaan di akhirat akan diperoleh sekiranya umat Islam membuat kebaikan.

Firman Allah bermaksud:

“Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

(Surah al-Nahl, ayat 97)

BUATLAH KEBAIKAN

Kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran tertinggi di sisi Allah dan mendapat penghargaan daripada manusia dan makhluk seluruhnya. Ajaran Islam yang terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam untuk berbuat kebaikan. Hal ini kerana kebaikan yang dilakukan adalah faedah bukan saja untuk dirinya, malah semua orang dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud:

“Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”

(Surah al-Isra', ayat 7).

Manusia yang dilingkari kebaikan, hidupnya akan beroleh kerahmatan dan keberkatan. Mereka juga akan mendapat kebahagiaan dalam setiap perjalanan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Justeru, galakan meningkatkan amalan soleh bukan hanya sebagai perintah yang perlu dipatuhi, malah jalan untuk manusia mengangkat martabat di sisi Allah.

Galakan berbuat kebaikan adalah pengajaran berguna bagi umat Islam dan ganjaran besar menantinya di akhirat.

Firman Allah bermaksud :

"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana kamu berada, maka bagi Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah al-Maidah, ayat 48)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah menurut apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya, katanya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan segala kejahatan. Kemudian Dia terangkan yang demikian itu, maka sesiapa yang bercita-cita dengan kebaikan, kemudian dia tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya (kebaikan itu), kemudian dia mengerjakannya, Allah tuliskan kebaikan itu (sebagai balasan) di sisinya sebanyak 10 kebaikan hingga 700 kali ganda hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya, lalu mengerjakannya, Allah tuliskan kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan saja.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis itu menggambarkan betapa Maha Pemurah-Nya Allah terhadap hamba-Nya yang melakukan kebaikan sekalipun dengan hanya bercita-cita atau sekadar niat melakukan kebaikan itu. Namun, ganjaran tetap diberikan. Rahmat Allah terhadap hamba-Nya di dunia amat luas.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis lain bermaksud:

"Daripada Ibn Umar, katanya: Rasulullah memegang bahuku, lalu Baginda bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau adalah orang yang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Ibn Umar berkata: Jika engkau berada pada waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang. Dan gunakanlah masa sihat engkau untuk masa sakit dan masa hidup untuk masa mati engkau."

(Hadis riwayat Bukhari).

Keinginan mengecapi kebahagiaan hidup yang lebih sejahtera di dunia dan kehidupan abadi di akhirat adalah keinginan yang perlu kepada pengisian kehidupan berlandaskan kepada syariat Islam.

Hakikat menunjukkan bahawa dunia ini tempat untuk beramal bagi sekian waktu yang ditetapkan bagi seseorang. Ia bukanlah tempat untuk bersenang lenang semata-mata tanpa menghiraukan hari perhitungan kelak.

PESANAN AKHIR

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Ternyatalah kepada kita kehidupan kita akhirnya akan balik bertemu Allah. Hebat macam mana pun kita di dunia ini, pasti Allah akan panggil kita pulang pada Nya kelak.

Justeru , ayuhlah kita sama-sama beramal sebaik dan sebanyak mungkin untuk kebahagiaan hakiki di sana.

Tuesday, October 13, 2009

TARBIYYAH & DAKWAH

Apakah kesan tarbiyyah tanpa da'wah?

Tarbiyyah adalah potensi seperti air dalam badan manusia. Sememangnya air diperlukan,namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam bentuk pelbagai seperti darah dsb.Jika air tersebut diperam didalam badan ie tak dibuang,ia akan menyebabkan penyakit.

Segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiyyah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi da'wah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum daripada menyeru kearah kebenaran. Tanpa da'wah,tarbiyyah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan diri sahaja betul dan individu lain salah.

Apakah kesan da'wah tanpa tarbiyyah?

Tarbiah adalah minyak yang menyediakan tenaga dan modal kepada penda'wah. Jika pada awalnya si penda'wah bersemangat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, ia akan ketandusan minyak jika tidak dibekalkan dari semasa ke semasa. Apabila ketandusan minyak, bukan sahaja da'wah tidak dapat dilaksanakan dengan baik malah kekadang si penda'wah itu sendiri rasa letih dan tidak mampu meneruskan kerja da'wah. Inilah asas kepada gejala keguguran di medan da'wah. Tarbiyyah yang kurang mantap memudahkan seseorang itu gugur daripada jalan yang mulia ini.

Wallahualam..


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes