Wednesday, October 14, 2009

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi AllahSulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi AllahSulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batuyang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:

" Wahai semut apakah engkau yakinada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki ditangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandusini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemarmakan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebijigandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dandimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuhdalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalambekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplaksemut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamumakan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makansetengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itudatangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bilakamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung padakamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengahsahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!IMAN MANUSIA??Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorekkubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digalidulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak galikubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang kekubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh MunkarNakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanyakepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang akugali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang98 lagi sudah beralih ke belakang?"

. Jawab Imam Suffian:" Di akhir zamanhanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnyaapabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:

" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTADIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAHAPABILA DIBELANJAKAN".

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes